Selasa, 27 November 2012

Asslamualaikum kepada semua pembaca.Terima kasih kerana sudi layari blog saya untuk berkongsi ilmu. Jika ada kesalahan maka tegurlah dan apa jua kebaikan marilah kita berkongsi bersama untuk diamalkan.

Perkara utama yang ingin saya utarakan ialah mengenai bahaya serangan pemikiran terutamanya pemikran yang berbentuk sekular dan kapitalis. Perkara kedua yang ingin disampaikan ialah bahaya pengaruh hedonisme di dalam bentuk hiburan seperti lagu, drama dan filem dan yang paling berleluasa kini ialah dalam bentuk program realiti tv dan tidak lupa juga dalam bentuk game (permainan dalam komputer atau gajet).

Bahaya serangan pemikiran

Serangan pemikiran sebenarnya adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan serangan peluru atau serangan berbentuk fizikal. Serangan pemikiran boleh membuat akidah kita terpesong dan niat serta hala tuju hidup kita tidak mengikut seperti yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Tanpa ilmu agama yang cukup kita akan mudah menerima jenis-jenis pemikiran tersebut sama ada kita sedar atau tidak. Antara jenis-jenis pemikiran setakat yang saya ketahui disini ialah :

  1. Pemikiran sekularisme.
  2. Pemikran kapitalisme.
  3. Pemikiran liberalisme.
  4. Pemikiran komunisme
  5. Pemikiran atheisme
  6. Pemikiran pluralisme.
  7. Pemikiran materalisme.

Merujuk kepada web wikipedia saya mengcopypastekan maksud pemikiran atau ideologi di atas.

  1. Sekularisme adalah konsep bahawa kerajaan atau entiti lain harus wujud secara terasing dari agama dan/atau kepercayaan agama.
  2. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu atau syarikat tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. 
  3. Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.Seseorang yang menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Walau bagaimanapun, maksud perkataan liberal mungkin berubah mengikut konteks sesebuah negara.
  4. Komunisme berlandaskan pada teori Materialisme Dialektika dan Materialisme Historis oleh kerana ia tidak bersandarkan pada kepercayaan mitos, tahyul dan agama. Dengan demikian tidak ada pemberian doktrin pada rakyatnya, dengan prinsip bahwa "agama dianggap candu" yang membuat orang berangan-angan yang membatasi rakyatnya dari pemikiran ideologi lain karena dianggap tidak rasional serta keluar dari hal yang nyata (kebenaran materi). 
  5. Atheisme adalah sebuah pandangan filosofi yang tidak memercayai keberadaan Tuhan atau dewa-dewi atau pun penolakan terhadap teisme.
  6. Pluralisme agama merupakan konsep yang luas tentang penerimaan agama-agama yang pelbagai. Antara fahaman ini adalah:
  • Tiada satu pun agama yang tunggal dan eksklusif untuk menjadi sumber kebenaran, atau setidak-tidaknya terdapat kebenaran dan nilai yang benar dalam agama lain.
  • Penerimaan kebenaran wujud dalam dua atau lebih agama dengan penekanan aspek-aspek yang diterima oleh agama-agama tersebut.
  • Menggalakkan kerjasama dan dialog antara agama-agama yang berbeza bagi meningkatkan persefahaman.
  • Digunakan sebagai istilah untuk merujuk kepada keadaan hidup bersama secara harmoni di antara penganut agama yang berbeza. 
        7.   Materialisme adalah pandangan hidup yang mencari dasar segala sesuatu yang
              termasuk kehidupan manusia di dalam alam kebendaan semata-mata serta menolak
              sesuatu yang mengatasi alam indera.

    Untuk sepintas lalu kita dapat mengetahui sedikit  maksud tentang ideologi atau fahaman tersebut. Oleh itu hendaklah kita bersama-sama bermuhasabah diri untuk mengenal pasti adakah jenis-jenis pemikiran tersebut ada di dalam diri kita.











































    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan